Tuesday, April 27, 2010

kematian


kadang-kadang, hidup kita di dunia ni tak seperti yang disangka. penuh dengan pelbagai dugaan hidup. sesetengah orang kematian yang datang menjemputnya ibarat kebahagiaan bertemu dengan penciptanya. tapi ada juga kematian yang datang dengan keadaan yang tidak disangka-sangka. saya sedih dengan cara kematian yang datang menjemput arwah aminulrasyid, student tingkatan 3 di sekolah saya mengajar. mendengar berita tersebut, berderau darah saya. sungguh tidak saya sangkakan. saya pernah masuk ke kelas arwah dan beliau merupakan antara murid yang baik dan pendiam. namun, saya kena menerima hakikat bahawa, cara kematian seseorang adalah melalui pelbagai cara. hanya Allah yang mengetahuinya. kita yang hidup ini perlu meneruskan kehidupan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. yang hidup, suatu hari nanti akan tetap mati, tidak akan kekal selamanya melainkan Allah SWT. oleh itu, kita perlu meneruskan perjuangan kehidupan yang kita sendiri tidak tahu di mana dan bila penghujungnya..kepada rakan-rakan arwah, banyakkan bersedekah kepadanya. begitu juga dengan anda yang membaca blog saya ini. bersama-samalah kita sedekah kan al-Fatihah untuk belaiu. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman..al- Fatihah....dalam kenangan.......

Wednesday, March 17, 2010

cuti sekolah..

skrg tengah cuti sekolah..tapi saya berharap sangat cuti ni lambat habis..tak puas rasanya nak stay kat rumah..tp masa cepat sgt berlalu..itu yang merunsingkan fikiran..tak lama lg tamat zaman bujang..aduh, macam tak puas je enjoy sorang2..dengan kawan2 pun tak puas enjoy..tapi usia makin lama makin meningkat..rasa takut plak nak mengharungi hari yang mendatang..

sahabat sejati..






sahabat sejati tidak pernah hilang dari perasaan, jiwa, hati dan fikiran. sahabat sejati adalah sebahagian daripada kehidupan..dan saya rasa sahabat sejati susah untuk dicari..walau bagaimanapun, jika kita sudah menjumpainya syukur alhamdulillah..saya ada beberapa orang sahabat sejati. walaupun mereka muncul dalam kehidupan saya beberapa tahun yang lepas, tapi kami rapat dan saling sayang menyayangi. baru-baru ni, salah seorang daripada kami telah berangkat ke manchester, uk untuk sambung belajar..saya begitu sedih kerana dia tidak berkesampatan untuk menghadiri perkahwinan saya yang bakal diadakan tidak lama lagi..lumrah berkawan, ada yang manis dan ada yang pahit..tapi kami berjaya mengatasinya..alhamdulillah..semoga persahabatan kami kekal sehingga ke akhir hayat..dibawah ni gambar2 sahabat saya..inilah yang menjadi penghibur dan juga penyeri kehidupan saya. walau di mana mereka berada, saya tetap mengingatinya..kepada mereka semua, saya doakan mereka selamat sentisa dan bahagia dengan kehidupan masing-masing.


yang bertudung coklat itu adalah siti radhiah..yang bertudung putih itu adalah saya hehhehe... yang bertudung ungu empunya nama siti fairuz, yang bertudung hitam ialah farah dan yang terakhir bernama siti nor nazia..gambar2 ni diambil sewaktu gathering kami yang pertama setelah semunya bejaya bergraduasi dan membawa haluan masing2..



ni lah kami bila bersama..seronoknya masa tu..semoga kita dapat bersama lagi..