Tuesday, April 27, 2010

kematian


kadang-kadang, hidup kita di dunia ni tak seperti yang disangka. penuh dengan pelbagai dugaan hidup. sesetengah orang kematian yang datang menjemputnya ibarat kebahagiaan bertemu dengan penciptanya. tapi ada juga kematian yang datang dengan keadaan yang tidak disangka-sangka. saya sedih dengan cara kematian yang datang menjemput arwah aminulrasyid, student tingkatan 3 di sekolah saya mengajar. mendengar berita tersebut, berderau darah saya. sungguh tidak saya sangkakan. saya pernah masuk ke kelas arwah dan beliau merupakan antara murid yang baik dan pendiam. namun, saya kena menerima hakikat bahawa, cara kematian seseorang adalah melalui pelbagai cara. hanya Allah yang mengetahuinya. kita yang hidup ini perlu meneruskan kehidupan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. yang hidup, suatu hari nanti akan tetap mati, tidak akan kekal selamanya melainkan Allah SWT. oleh itu, kita perlu meneruskan perjuangan kehidupan yang kita sendiri tidak tahu di mana dan bila penghujungnya..kepada rakan-rakan arwah, banyakkan bersedekah kepadanya. begitu juga dengan anda yang membaca blog saya ini. bersama-samalah kita sedekah kan al-Fatihah untuk belaiu. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman..al- Fatihah....dalam kenangan.......

No comments:

Post a Comment