Tuesday, April 16, 2013

kerja oh kerja...

assalam...fuh setelah hibernate selama setahun, now terfikir untuk letak satu entri baru tentang kerja... sejak mula sekolah sampai la hari ni rasanya terlalu banyak sangat kerja...non stop dari awal tahun until now tak berpeluang nak bercuti. sesetengah orang akan cakap, "oh, cikgu bukan banyak cuti ke". memang pada dasarnya banyak cuti, tapi waktu cuti pun bukannya cuti betul. cikgu zaman sekarang dengan cikgu zaman dahulu jauh sangat berbeza. saya tak melihat pada orang lain, tapi melihat pada diri sendiri.. kerjaya utama ialah mengajar. ok! tp cuba lihat sampingannya. saya merupakan guru ict. secara tidak langsung, apa jua yg berkaitan dengan ict akan terus refer pada saya..bila cakap pasal ict, kena deal dengan banyak sistem. itu tak masuk nak selenggara lagi. tambah pulak sekarang ni semua perkara kena online.. SPLG, SAPS, APDM,SPPICTS, SSQS, SPPBS, dan lain-lain. Selain itu, kena buat kerja yang tak sepatutnya pulak tu..kalau pernah dengar MySPATA. tak pasal-pasal teman kena daftar bangunan, koridor, tangga dll. Silap2 haribulan datang sekolah pakai seluar, safety boot n safety helmet...a.k.a engineer pulak. Tak masuk lagi bab training budak...sukan la, permainan la, ko-akademik lagi dll. Penatnya tak terkata... kadang-kadang terfikir bila kena buat yang sampingan ni tak menang tangan nak mengajar. Tapi bila result turun...jeng..jeng...jeng, cikgu juga la yang kena.. inilah cabaran untuk guru-guru zaman ini. Namun yang pasti, love your job...buat dengan seikhlas hati..yeah!...alrite, got to go..see you when i see you again..assalam

Wednesday, January 18, 2012

cuti!

hahahha..last time tulis pasal pregnant, now baby pun dah keluar. lamanya dah tak menulis. kali ni punya entri is a bout cuti..seronok nye bile dapat bercuti. tambah-tambah bagi mereka yang sudah berkeluarga. ni la masa yang ditunggu-tunggu. next week chinese new year, mesti ramai yang dah plan nak ke mana.. tp saya, hohohoooo cuti 3 bulan. waaa weeee..tp ni pun dah tak lama. 22 februari dah kena masuk keje balik... since cuti ni, asyik kisahkan anak je..dengan prolonged jaundice la...repeat upt sehingga 4 kali. aduss!!! cuti pun tak mcm cuti..hhahhahah.

Sunday, April 24, 2011

hyperemesis gravidarum


first time dengar istilah ni daripada adik..apalah bendanya...rupa-rupanya morning sickness.. bila sebut tentang morning sickness, macam-macam benda yang terlintas difikiran..muntah, sakit kepala, cepat letih, rasa nak marah...semua la..tapi satu. tak lalu nak makan. bila tengok makanan, lapar. tapi 1-2 suap je..lepas tu dah tolak tepi. haa..ni lah penangan bawa budak... dari pertama kali dapat tahu pregnant, terus dapat m.s. ni. sehingga la sekarang, dah tujuh minggu... tak larat nye.. dengan kerja lagi, tapi semuanya perlu diteruskan. last week gi klinik dengan husband, buat scan. bile nampak, rasa sweet sangat.. takpela. sementara muda dan masih kuat, terima je la, harap tak berlarutan sehingga due nanti.. yang penting teruja nak tunggu..hehheheheh.. ok la, nanti bile2 kita sambung lagi..

Tuesday, April 27, 2010

kematian


kadang-kadang, hidup kita di dunia ni tak seperti yang disangka. penuh dengan pelbagai dugaan hidup. sesetengah orang kematian yang datang menjemputnya ibarat kebahagiaan bertemu dengan penciptanya. tapi ada juga kematian yang datang dengan keadaan yang tidak disangka-sangka. saya sedih dengan cara kematian yang datang menjemput arwah aminulrasyid, student tingkatan 3 di sekolah saya mengajar. mendengar berita tersebut, berderau darah saya. sungguh tidak saya sangkakan. saya pernah masuk ke kelas arwah dan beliau merupakan antara murid yang baik dan pendiam. namun, saya kena menerima hakikat bahawa, cara kematian seseorang adalah melalui pelbagai cara. hanya Allah yang mengetahuinya. kita yang hidup ini perlu meneruskan kehidupan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. yang hidup, suatu hari nanti akan tetap mati, tidak akan kekal selamanya melainkan Allah SWT. oleh itu, kita perlu meneruskan perjuangan kehidupan yang kita sendiri tidak tahu di mana dan bila penghujungnya..kepada rakan-rakan arwah, banyakkan bersedekah kepadanya. begitu juga dengan anda yang membaca blog saya ini. bersama-samalah kita sedekah kan al-Fatihah untuk belaiu. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman..al- Fatihah....dalam kenangan.......

Wednesday, March 17, 2010

cuti sekolah..

skrg tengah cuti sekolah..tapi saya berharap sangat cuti ni lambat habis..tak puas rasanya nak stay kat rumah..tp masa cepat sgt berlalu..itu yang merunsingkan fikiran..tak lama lg tamat zaman bujang..aduh, macam tak puas je enjoy sorang2..dengan kawan2 pun tak puas enjoy..tapi usia makin lama makin meningkat..rasa takut plak nak mengharungi hari yang mendatang..

sahabat sejati..






sahabat sejati tidak pernah hilang dari perasaan, jiwa, hati dan fikiran. sahabat sejati adalah sebahagian daripada kehidupan..dan saya rasa sahabat sejati susah untuk dicari..walau bagaimanapun, jika kita sudah menjumpainya syukur alhamdulillah..saya ada beberapa orang sahabat sejati. walaupun mereka muncul dalam kehidupan saya beberapa tahun yang lepas, tapi kami rapat dan saling sayang menyayangi. baru-baru ni, salah seorang daripada kami telah berangkat ke manchester, uk untuk sambung belajar..saya begitu sedih kerana dia tidak berkesampatan untuk menghadiri perkahwinan saya yang bakal diadakan tidak lama lagi..lumrah berkawan, ada yang manis dan ada yang pahit..tapi kami berjaya mengatasinya..alhamdulillah..semoga persahabatan kami kekal sehingga ke akhir hayat..dibawah ni gambar2 sahabat saya..inilah yang menjadi penghibur dan juga penyeri kehidupan saya. walau di mana mereka berada, saya tetap mengingatinya..kepada mereka semua, saya doakan mereka selamat sentisa dan bahagia dengan kehidupan masing-masing.


yang bertudung coklat itu adalah siti radhiah..yang bertudung putih itu adalah saya hehhehe... yang bertudung ungu empunya nama siti fairuz, yang bertudung hitam ialah farah dan yang terakhir bernama siti nor nazia..gambar2 ni diambil sewaktu gathering kami yang pertama setelah semunya bejaya bergraduasi dan membawa haluan masing2..



ni lah kami bila bersama..seronoknya masa tu..semoga kita dapat bersama lagi..